http://3.bp.blogspot.com/-CzU_T2MjFz8/TqY-Si4FU8I/AAAAAAAABDo/bTnOIJ45dDo/s1600/Untitled-1.png

Sunday, September 4, 2011

OLLA..

hello kwan2.. ngee.. windu kowang lorh..for your information aq bawu sampai dr kampung nie.. letih kowt.. hehe.. actually smlm aq niat na g skolah tp pagi td lambat bgn lak.. adess.. penat2 pown kan.. tapi sbb rindu kat kwn pny pasal.. na dtg gak.. tp mcm yg aq ckp td.. bgn lewat lak.. adoihh..tp x pe.. esok masih ada.. hehe.. :D

Friday, August 12, 2011

SATU KISAH CINTA


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang." "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Wednesday, August 10, 2011

HARI KESEPULUH..

Yeah..

hari nie hari kesepuluh kita puasa..

amacam kawan2?? ada yg tinggal x?? yg pompuan x pe. aq  faham.. tp lau laki yg tinggal puasa.. aq xfaham la.. ape nak jadi la..
okeyh..di sini aq na nyatakan yg aq nie tgh x sabar lah nak raya.. hahaha.. ape kehe lah ngan aq nie.. puasa pown x sampai dua minggu da nk raya.. peace.. bia la.. owg tengah exited nie.. tahun nie.. tema baju raya aq warna biru.. hehe.. yeah BIRU!!
actualy aq na warna itam sbb itam kene ngan mana2 warna len.. tp dsbbkan kene ikut tema.. baju pown kna ikut warna yg dtetapkan.. it okeyh2.. nevermind.. x kesah pown.. hehe..

skunki nie buzy skit la..
byk sangat keje..
nak study, tuisyen,niaga,on9,update blog,kacau org n mkn..hah.. ckp sal MAKAN.. woah.. aq suda GEMUK.. ni mkn byk pny pasal la nie.. biasa la kan.. bila na berbuka mesti mkn byk.. sbb lpar pny pasal kan?lagi2 bila aq jual kuih.. hehe,.. mmg aq bedal la.. mcm mna nk ELAK nie?? addoih..

^_^                                    



                                                                                                     SHAFAWANI 

Wednesday, August 3, 2011

TING TONG =='

ahah.. ape yg aq na merepek kat sini erk??
aq tgh borink nieh..
hurm,
na cter sal ape?? kawan2?? keluarga??atau puasa??
puasa lah.. hehe

lapar la~
aip. korang jgn na menuduh erk?
aq poser tau.. hehe..
erm.. kesian kat ibu aq.. skunk nie tgh ujan.. ibu ngah meniaga kat sana ngan abg arif.. huk3.. kesian mereka..
demi mencari rezeki.. ibu ngan abg arif sanggup meniaga dlm ujan.. erghh.. aq lak dok at umah,
tp dok at umah.. bkn saje2 erk.. utk meringankan beban ibu.. aq tolong pape yg patut at umah.. kemas2 umah.. hehe.. biar ibu balik tgk umah kemas.. ati senang.. hehe.. bila ati ibu kita senang.. kita pown senang ati.. pahala pown dapat.. hehe.. utk pengetahuan anda.. dgn mnolong ibu bapa.. kita boleyh dpt pahala tau.. bergantung..pada ikhlas atau x je.. lau na tolong biar ikhlas.. :D
lakukan dgn senyuman.. jgn plak dgn muka mencuka.. nmpk sangat anda x ikhlas mengerjakn pekerjaan itu.. :)

Sunday, July 31, 2011

WE LOVE ANIMAL .. ZOO ^_^




HAHAX... nak tau x tadi kita owang SEKELUARGA g ZOO.. tgk binatang.. Abah bwk kita owg g sana sempena ari terakhir sebelum RAMADHAN.. hehe.. n lah gambar2 kami semasa di zoo.. mcm2 gelagat yg sempat kami rakam..n skit je aq letak.. na bubuh semua.. LARAT la aq.. aq ada bergambar dgn pelakon haiwan yg terkenal dlm cter ZOO.. woah.. dia terkenal kowt.. pernah berlakon dgn LISA SURIANI..hehe.. BANGGA aq leyh bergambar nan WIZARD..kita org enjoy sgt2 masa nie.. thanks ABAH.. coz bawak kita owg g ZOO.. akak dtg zoo teringat balik masa kecik2 dlu.. hehe.. sowy la abah.. gmbr abah x de.. coz lam kamera x de gmbr abah.. gmbr abah byk tngkp guna handfon..

AKAK SAYANG ABAH NGAN IBU SANGAT2 <3
 

SELAMAT BERPUASA